Buku Tour De Quran

RM70.00

Category:

Description

INI CARA MUDAH UNTUK FAHAM AL-QURAN DALAM MASA 30 HARI.

Kini, hanya dalam masa 30 hari, kehidupan anda akan menjadi lebih bermakna dan ganjaran pahala anda akan berlipat kali ganda.

“(Al-Quran ini)sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

-Surah Sod (2)-

Buku Tour De Quran bakal membawa anda menjelajah gedung khazanah Al-Quran dari juzuk ke juzuk dengan bahasa yang santai dan diselangi dengan kisah-kisah yang penuh pengajaran.

Gandakan pahala ramadhan anda dengan memahami Al-Quran bersama Buku Tour De Quran. 😊

Apa kata penulis?

TOUR DE QURAN adalah sebuah tulisan pengembaraan ke alam Qurani yang mengambil masa hanya selama 30 hari untuk diikuti.

Mengemba ke alam yang dipenuhi dengan 6236 ayat, 114 surah dan 30 juzuk al-Quran ini bertujuan mengenali dengan lebih rapat latar belakang setiap surah yang telah disusun mengikut juzuknya seperti nama-nama surah dan jenis ayat serta bilangannya, sebab dinamakan dengan namanya yang tertentu, kisah di sebalik penamaannya serta kontek perbincangan yang terdapat dalam setiap juzuk dalam al-Quran.

Dengan hanya melakukan perjalanan (tour ) ke satu juzuk al-Quran sahaja setiap hari, kita akan memperolehi banyak dapatan berbentuk ilmu, kisah dan pengajaran serta panduan dari kalam Rabbi.

Selesai 30 hari pengembaraan ke alam Qurani, tentunya banyak sekali ilmu yang diperolehi dari sebuah buku kecil ini. Setiap dapatan itu harusnya dikongsi bersama yang lain agar mereka turut menikmati pengembaraan 30 hari ini dengan penuh pengajaran.

Semoga perjalanan kecil ini menjadi titik awal kepada perjalanan yang lebih jauh dan lebih besar. Untuk memahami sedalam-dalamnya ilmu al-Quran tentunya memakan masa yang lama. Cukuplah perjalanan kecil ini memberi sedikit kesedaran kepada kita agar sentiasa mengejar impian untuk memahami sedalam-dalamnya khazanah yang tersedia di dalam al-Quran.

Jom nikmati bersama perjalanan ini.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Tour De Quran”

Your email address will not be published. Required fields are marked *