Musolla Ar Raudhah

Loading

PENGERUSI/IKON/PENGASAS

Pengerusi/Ikon/Pengasas

MOHD AZLI BIN ABDULLAH AL-HAFIZ


Beliau merupakan Pesara MARA bermula 1 April 2023. Sebelum ini beliau bertugas sebagai Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya. Beliau merupakan penulis buku travelog Dairi Murid Tua (2016 ),Dairi Haramain ( 2017), Diari Rehlah Anak Paklah ( Mei 2018 ) dan yang terkini Tour De Quran ( MEI 2021) serta Terjemahan kitab At-Tibyan Imam an-Nawawi ( Dis 2021). Selain memegang ijazah sarjana Muda syariah, beliau juga pernah menyambung pengajian di bidang Sains Halal di UTM Skudai selain memiliki Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat Darul Quran JAKIM dan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit ( MPKTBR )

Beliau pernah dihantar oleh pihak MARA ( MAJLIS AMANAH RAKYAT )berkursus dalam bidang pengurusan dakwah dan pengendalian fatwa di Universiti al-Azhar dan Darul Ifta’ Mesir selama 3 bulan pada tahun 2015. Selama berada di sinilah beliau banyak bertemu & berguru dengan ulama’ terkenal dalam dalam bidang al- Quran dan al-Hadith di sekitar Kaherah, selain beberapa ulama’ al-Azhar yang banyak mendorong beliau agar terus menyumbang dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat

Selain aktif berceramah, beliau turut menjadi penceramah mingguan di Tv-alHijrah, beliau juga turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan pernah memegang jawatan sebagai Yang DiPertua PIBG SK Pelindung Kuantan ( 12 tahun),Pengerusi Musolla ar-Raudhah ,Pengerusi KAFA Al-Muhammadi , Imam 1 Masjid Pelindung Utama, Kuantan dan lain-lain organisasi

Selepas bersara dari perkhidmatan MARA beliau sekarang memberi tumpuan kepada proses pembinaan masjid ar Raudhah dan maahad ArRaudhah di Pelindung Kuantan